In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Monday, December 31

Rona Roni Ronu, 2013 Tahun Baru

Tahun baru. Azam baru. Ek?

Ahah. Ramai hamba-hamba Allah yang sedang memikirkan apa azam baru mereka, tidak kurang juga yang bersiap-siap ingin menyambut tahun baru masihi ini dengan pelbagai cara. Harap-harap sambutan tu biarlah luar biasa yeah. Bukan luar biasa seperti ada bunga api yang bunyi lagu Taylor Swift, tapi luar biasa seperti melakukan ibadah yang baik-baik dan yang mendatangkan pahala. Tak gitu? Eheh.

Aku pula?

Hurmm. Aku tak da mau sambut apa-apa. Hari berlalu seperti hari biasa. Eheh boring punya statement. Azam? Siapa tu? Handsome ke? Haha.

Kehidupan jauh diperantauan, sendiri dan sepi tanpa family ni amat menakutkan. Dah lah malam ni malam tahun baru. Ofkos lah orang-orang sekeliling ni sambut berabis. Minum-minum sampai mabuk. Hah, bila dah mabuk, mula la otak tu sewel. Harap-harap tidaklah diganggu ketenteraman aku di sini. Amin.

Hanya pada Allah aku berserah.

Saturday, December 29

Ka-ching!

Duit.
Semuanya kerana duit.
Tanpa duit, orang tak pandang.
Tanpa duit, orang tak peduli.
Tanpa duit, tidak ada layanan first class.
Sakit kan?



But, that's reality.
Money is not everything but almost everything in this world cost money.

Thursday, December 20

Antara Kemahuan dan Keperluan

Aku ingin memiliki sematpon. Sudah trend sekarang gajet seperti ini. Agak payah dan left behind juga la kalau takde pon yang semat ni. Tapi aku lagi pusing haha. Beli yang murah2 je ke or beli yang mahey2 acam Samsung Galaxy Note 2 tu. Adeh.

Adakah aku perlu istikharah untuk perkara ini?

Ohoi.

Saturday, November 17

Ujian adalah tarbiah dari Allah

Aku kecewa dengan diri sendiri. Selalu merasakan diri ini sentiasa kurang dan tidak berkemampuan. Aku sering lupa setiap ujian yang Allah bagi untuk aku adalah tanda Dia menyayangiku. 

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Inteam, Raihan - Kehidupan

Friday, November 16

Alone and suffer

Sendiri.

 

Aku suka.










 
Tapi, siapa yang boleh survive di dunia ni sendirian? No one!
Kalau tak percaya, cuba try testlah!

Thursday, November 15

Sollu, sollu, sollu, sollu...

Perjalanan yang memenatkan disebabkan kurang tidur. Tiba-tiba kedengaran di radio...




Rasa nak menitis air mata.
Rindu Rasulullah.
Rasa malu sebab tidak berusaha mengikut sunnah baginda.

Tuesday, November 13

I'm back

5 bulan berlalu.. 
Wah~ Baru ada hati nak update blog ni.. There're many reasons kenapa aku tidak update lagi blog ni. (Haha.. aku menaip ni macam ramai orang yang nak tau dan tertunggu-tunggu je? Oyeah! Akulah orangnya!) Antaranya adalah...

Satu
Aku lupa password lah pulak!

Dua
Busy dengan aktiviti di sekolah.

 Tiga
Sibuk > Penat > Tidur


Now is a holi-holiday! Bolehlah update blog kalau rajin hahaha. Nice!

Sunday, May 27

The colour of grass

Subhanallah..
Tak sangka, da 5 bulan dah aku bergelar guru.. walaupun masih DC41 a.k.a. dalam latihan? ek?
Aha!

Dan sekarang, aku berada di sebuah lapangan terbang yang terletak di Malaysia. Transit sebentar sebelum menuju ke destinasi yang terakhir iaitu kampung, rumah dan keluargaku yang amat dirindui. Heh. Oh, sungguh indah suasana di sini. Lampu neon sana sini. Tapi, lagi indah kalau lampu kuning ni bertukar warna hijau. Haha. 

Oyeah, today I'm wearing green clothes and green hijab. Ooouhh. I'm starting to like this colour.

Duduk bersendirian menahan lapar sementara menunggu penerbangan yang seterusnya.
May Allah permudahkan segala urusanku hari ini. Amin.

Adios!!! 

Friday, May 11

Alpa

 
 
Alpa.
Ehm. Beberapa bulan ni aku alpa.
Sangat alpa.
 
Khusyuk dalam solat entah ke mana, solat sunat tunggang langgang, zikir, wirid pun entah ke mana dah.

Semuanya disebabkan ...? Urgh.

Tuesday, April 10

Kiamat

Kiamat tahun 2012? Semuanya rahsia Allah, bukan kita yang menentukannya.

Tanda-tanda Kiamat..
  1. Kemunculan Imam Mahdi
  2. Kemunculan Dajjal
  3. Turunnya Nabi Isa (AS)
  4. Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
  5. Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  6. Pintu pengampunan akan ditutup
  7. Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  8. Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  9. Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
  10. Pemusnahan Kaabah,
  11. Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
  12. Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
  13. Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."


Allah berfirman:
"Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

 
 "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"."
Al-A'raaf , 187

Saturday, March 3

Merah jambu di alam maya

Astaghfirullahalazim.

Mentang-mentanglah Allah bagi aku cuti, aku bangun lewat pulak pagi tadi. Bukan sekadar lewat biasa. Lewat banyak ni. Sampai tengahari. Hah. Kalau bakal mak mertua tau, hooo cancel lah aku jadi menantu!

Tapi kan, tengah dok syok tidur tu aku mengalami sebuah mimpi yang... aduh.

Adakah patut aku mimpi pasal aku beli sebuah kereta berwana pink. Aku juga 'agak pandai' memandu kereta tersebut (padahal tak ada lesen dan langsung tak tahu pandu kereta) dengan bergaya dan cool sekali.

Erk.

Oke. Dah gaji nanti beli kereta lah. Ha ha.


Sunday, February 26

Berhijab bukan kampungan?

Haimeh (ya ka)?

Haha. Orang yang tidak tahu sejarah je cakap berhijab atau memakai tudung ini adalah kampungan.

Islam kan agama baru?
Islam yang memperkenalkan dan mewajibkan wanita yang cukup umur (baligh) untuk menutup aurat. Menutup kepala dan melabuhkan tudung hingga menutup dada.
So, berhijab ni bukanlah kampungan. Bukanlah kolot. Ianya sesuatu yang baru, yang moden. Kuno dan kolot beserta jahilliah tu adalah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat. Mencukur kening, menjarangkan gigi, memakai wangian dengan melampau-lampau dan bertabaruj dalam berpakaian.


Heh. Now, who's the one that left behind huh?

Thursday, February 23

Dulu dan Sekarang

Benci dicampak ke kawasan pedalaman.
Benci suasana yang baru.
Benci keadaan yang jauh daripada family. Dah la tak ada line telefon!
Benci semuanya berkaitan dengan tempat ini.

Tapi itu semua...,
Dulu.

Sekarang.
Udara di sini segar. Tidak seperti di kawasan bandar.
Bunyi binatang-binatang seperti burung, cangkerik dan macam-macam lagi menemani hariku.
Contact keluarga guna YM, Skype, email.

Alhamdulillah. Terima kenyataan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
(2:216)

Sunday, February 19

Muhasabah Diri 2

1. Allah suka kepada hambanya yang bersedekah.
2. Allah sangat suka kepada hambanya yang bersedekah walaupun berada dalam kesempitan.

Huh. Kenapa aku tidak ada ciri-ciri ini (seperti di atas)? Especially yang nombor 2 tu.
Terlalu kedekutkah aku? Kedekut dengan harta yang bukan milikku.


Allahumma ajirni minannar.

Muhasabah Diri 1


Jika ALLAH SWT MEMAKBULKAN DOAMU,
maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya.

Jika ALLAH SWT MENANGGUHKAN DOAMU,
maka ALLAH menguji kesabaranmu.

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.

Isolated

Hujan yang turun bagaikan mutiara.
Hah. Mana ada hujan. Heh.

Apa perasaan anda jika anda berada dalam situasi yang mana ada harus pergi ke suatu tempat, kemudian terpaksa menyinggahkan diri anda di suatu tempat persinggahan yang dipenuhi ramai orang yang seakan-akan mengasingkan anda?  
Frust?
Rasa tidak mahu datang lagi?
Menyesal kerana pergi ke situ?

Jawapan yang negatif. Haha.

O yeah. Bagaimana pula dari sudut positif?
Cuba menceriakan diri?
Cuba untuk mencari alternatif atau mencuba suatu method yang baru untuk membiarkan diri ini tidak lagi termasuk dalam golongan-golongan yang diisolationkan?

Heh. Ingat mudah eyh?
Susa ho.

Huwaaargh! Mak, mau balik!

Friday, February 10

Amarah dan Kecewa Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Jahat sungguh aku.
Jahat.
Jahat sekali.

Huh.

Aku seorang hamba Allah yang hina dan lemah, sudah berkali-kali membuat kesilapan yang sama.
Berulang-ulang tanpa disedari. Or maybe, I realised that.

Marah itu api.

Fuh. Betul tu. 

Tadi masa tengah mengajar seorang budak LINUS Tegar di dalam kelas, kesabaran aku yang amat tipis memuntahkan amarah yang berapi. Huh. Kenapa aku begitu? Kenapa? 

Kesian budak tu aku marah-marah dia. Oleh kerana dia tidak tahu bezakan huruf A dan juga huruf B, aku marah dia sampai sebegitu rupa. 

Damn! Dia menangis. Dah lah budak tu demam. Aku langsung tidak perasan benda tu disebabkan perasaan marah tu!

Kesian dia.

Sekarang, aku rasa diri aku sejahat-jahat manusia yang langsung tidak ambil peduli perasaan budak tu.

Bukan salah dia, dia tidak tahu.
Bukan salah dia, dia tidak ingat.
Bukan salah dia, dia tidak pandai.

Salah aku.


Kerja sebagai guru ni memang suatu pekerjaan yang mulia. Tapi, muliakah aku di mata Allah jika sikap aku begitu di dalam kelas? Muliakah aku di mata anak-anak murid aku yang inginkan ilmu yang bermanfaat dari aku?

Ya Rahman. Bantu aku Ya Allah. Permudahkanlah bagiku untuk menghilangkan perasaan amarah di dalam diri ini.


Thursday, February 9

Break First!

Em.
Walaupun agak kurang lemak manis, tapi ok juga rasanya. Lagi-lagi kalau buat dengan air suam.

Kalau kuih sepit cecah dalam ni lagi besh. Haha. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Puasa Yang Yok. Bila mak keluar pergi bandar, huhu curi-curi pergi dapur bukan untuk buka periuk. Sebab time bulan puasa periuk tu tak mungkin ada isi. So, makanan untuk hari itu cuma kuih sepit buatan nenek dicelup dengan susu.

Haha.

Bayi: Lactogen
Kanak-kanak: Dumex
Remaja: Nespray



Kini: Fernleaf

Wednesday, February 8

Kanvas Putih


Aku senyum sendiri. Rasa bahagia sekejap.

Bahagia melihat budak-budak Tahun 1 yang tengah busy memadam, menggaris, menulis di dalam buku aktiviti matematik mereka. Haha. Comel.

Kejap, kejap seorang demi seorang budak merapati aku.

'Cigu macam ni ka?'

'Cigu betul ka?'

Sweet.

First time ajar budak Tahun 1. They're really really sweet

Tugas aku mendidik mereka. Mencorakkan mereka. Semoga mereka menjadi insan yang berguna kelak. Orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Semoga ada di antara mereka yang akan menjadi seorang murabbi. Heh. Amin.

Tuesday, February 7

Asing

Life dekat sini? Suck!
Owh God! Penat sangat kelmarin. Perjalanan yang jauh kira-kira 5 jam ditemani jalan-jalan raya yang tidak berturap dan berlubang-lubang, berbukit-bukau sana sini. Fuh.

Asing.
Yup. Aku rasa asing sekali kelmarin. Sepertinya kewujudan aku tidak diperlukan dan tidak ada di situ. Huh.

Asing di kalangan manusia. Sendiri.

Tapi, aku tau Allah sentiasa bersama. Melihat pokok-pokok, alur-alur cantik yang terdapat pada bukit-bukit mengingatkan betapa kerdilnya aku ini di hadapan Allah.

Now? Kehidupan kena diteruskan.

Kejap lagi nak meeting. Zz.

Monday, February 6

Jangan Muntah



Perjalanan yang akan memenatkan.
Urgh.

Sebentar lagi aku akan menaiki hilux untuk kembali ke sekolah yang jauhnya berjuta-juta batu dari sini.

Aduh.

I can feel the aches. Head-to-toe ache tu! Wargh.
Muntah? Minta dijauhkan.

Sabar.
Sabar. Sabar.
Sabar itu SEPARUH daripada iman.

Fuh. Separuh tu. 50% daripada iman.
Hehe. Sabar.

May this journey berjalan dengan lancar. Permudahkanlah segala urusanku dan rakan-rakanku ya Rahman.
Amin.

Eevo

Eevo. Cantik kah nama tu?
Ah. Peduli hapaan. Aku yang bagi nama. Ikut tekak aku lah. Bukan begitu?
Ehem he he.

Baru memiliki Eevo hari ini. Baru sebentar tadi.

Semoga dengan kehadiranmu Eevo, aku akan lebih degil dan tidak lalai dengan hiburan-hiburan yang melampau.

Dan, of course, tidak kembali ke arah budaya hedonisme. Fuh.
Budaya dengar-dengar lagu sampai tidak ingat donia.


Eevo. I love you.

Hu ha hu ha ha ha.



Saturday, February 4

Abang Zoro, kita senasib!

Abang Zoro?
Uwek. Agak geli-gemelan di situ. Huh.

Aku senasib dengan Zoro. Urgh. Bukan Zoro yang datang pakai mask dan baju serba-serbi hitam tu. Bukan juga Zoro yang selalu cakap.. uhuk, ehem ehem..
Life no fear..
Zoro is here!

Bukan. Bukan yang itu.

Roronoa Zoro. Heh.

Yeah o'course. Zoro ni hebat. Siap fight dengan orang gunakan Santoryou Style lagi. 
Aku? Yup. Agak hebat juga. Ngee.. kembang hidung. Nampak strict, garang dalam kelas. Confident! Students semua senyap. Takut.

Tapi,
Bab arah tujuan? I mean.. Tak tahu jalan! Tidak ada navigation skills.
Sama lah macam Zoro. Selalu salah jalan. Tak ingat jalan. Jalan ikut suka hati suka kaki.
Cis.

Tapi benda ini adalah rahsia. Cuma kawan aku seorang sahaja yang tau aku macam ni. Syy.

Malu bila nak minta tolong orang hantar ke suatu tempat. Tak tahu jalan. Kalau orang tu memang tau jalan bagus la.

Aduh.
Kenapa lah aku macam ni. Ho ho.

Roronoa Zoro, we're alike bebeh!


Green hair. Green hijab. Haha, what a coincidence?

Friday, February 3

Rojak

Aeh.
Perasaan aku berbaur. Berkecamuk. Bercampur-campur.
Macam rojak daa!

Ofkoslah, aku memang sangat tidak setuju apabila dihantar ke area ulu a.k.a. pedalaman ni. Masalah air. Masalah line telefon. Masalah pengangkutan.
Secara ringkasnya, facilities amatlah tidak memuaskan!

Oh God. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Apa hikmahnya aku diletakkan di tempat yang sebegitu?

Hm.
Perkara yang tidak sepatutnya aku rungutkan. O yeah?
Walaupun sudah berkali-kali aku ingatkan diri aku, semua ini ada HIKMAHNYA! Aku pun tak tau kenapa dalam masa yang sama juga aku menyalahkan diri dan takdir aku. Buek!

Ya Allah. Engkau tuhan yang membolak-balikkan hati. Aku mohon padaMu, lapangkanlah dadaku. Biarkanlah aku menerima semua ini sebagai suatu ujian yang menandakan Engkau terlalu sayangkan aku.

Amin.

Tuesday, January 24

The Girl in A Green Hijab


Gadis Bertudung Hijau

Definisi tajuk kecil:

Gadis?
Yeah, I'm a girl. Bukan mak nyah atau pengkid atau lesbian. Aku berada di jalan yang lurus insyaAllah.

Bertudung?
Of course! Tudung periuk dan tudung saji beserta rakan-rakannya adalah dikecualikan. Tudung kepala. Hijab. Hijab. Hijab oke.

Hijau?
Erk. Aku bukanlah kipas-susah-mati warna hijau [if I'm not mistaken lah, my mum said that green is Rasulullah's fav. colour]. Aku saja je buat adaptasi daripada filem komedi The Confession of A Shopaholic dan jika kamu mahu tahu, aku ingin meminati warna ini seperti mana The Chosen One suka dengan warna ini.

Monday, January 23

Sunyi dan Sepi

Keadaan sekeliling? Sunyi.

Ops!
Hujan turun sangat lebat malam ni. Pekak juga telinga aku ni sampaikan aku tidak berapa dengar lagu yang aku pasang through laptop yang aku pinjam dari adik aku ni. Heh.


Tapi masih sunyi.
Yalah, aku duduk berseorangan dalam bilik yang berkeluasan kira-kira 10 depa lebar kali 9 depa panjang ini. Bunyi hujan yang turun mencurah-curah diselangi dengan alunan merdu suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Tanpa Dendam Di Hati tidak mampu merawat hatiku yang kesunyian dan kesepian ini. Aha!

Benar?
Ya benar. Aku sunyi. Aku yang rasakan diri aku ni kesunyian dan kesepian. Walhal?

Walhal Allah sentiasa bersama aku.

Tapi kenapa walaupun aku selalu mengingatkan diri aku bahawa Allah sentiasa berada di sampingku, dekat denganku, malahan lebih dekat dari urat leherku [50:16], aku sentiasa merasakan aku kesunyian?

Mungkin amalku belum cukup. Mungkin juga penghayatan dalam ibadatku tidak tinggi. Atau mungkin aku belum mencintai Sang Pencipta dengan sebenar-benar cinta.