In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Monday, January 23

Sunyi dan Sepi

Keadaan sekeliling? Sunyi.

Ops!
Hujan turun sangat lebat malam ni. Pekak juga telinga aku ni sampaikan aku tidak berapa dengar lagu yang aku pasang through laptop yang aku pinjam dari adik aku ni. Heh.


Tapi masih sunyi.
Yalah, aku duduk berseorangan dalam bilik yang berkeluasan kira-kira 10 depa lebar kali 9 depa panjang ini. Bunyi hujan yang turun mencurah-curah diselangi dengan alunan merdu suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Tanpa Dendam Di Hati tidak mampu merawat hatiku yang kesunyian dan kesepian ini. Aha!

Benar?
Ya benar. Aku sunyi. Aku yang rasakan diri aku ni kesunyian dan kesepian. Walhal?

Walhal Allah sentiasa bersama aku.

Tapi kenapa walaupun aku selalu mengingatkan diri aku bahawa Allah sentiasa berada di sampingku, dekat denganku, malahan lebih dekat dari urat leherku [50:16], aku sentiasa merasakan aku kesunyian?

Mungkin amalku belum cukup. Mungkin juga penghayatan dalam ibadatku tidak tinggi. Atau mungkin aku belum mencintai Sang Pencipta dengan sebenar-benar cinta.


No comments:

Post a Comment