Jahat sungguh aku.
Jahat.
Jahat sekali.
Huh.
Aku seorang hamba Allah yang hina dan lemah, sudah berkali-kali membuat kesilapan yang sama.
Berulang-ulang tanpa disedari. Or maybe, I realised that.
Marah itu api.
Fuh. Betul tu.
Tadi masa tengah mengajar seorang budak LINUS Tegar di dalam kelas, kesabaran aku yang amat tipis memuntahkan amarah yang berapi. Huh. Kenapa aku begitu? Kenapa?
Kesian budak tu aku marah-marah dia. Oleh kerana dia tidak tahu bezakan huruf A dan juga huruf B, aku marah dia sampai sebegitu rupa.
Damn! Dia menangis. Dah lah budak tu demam. Aku langsung tidak perasan benda tu disebabkan perasaan marah tu!
Kesian dia.
Sekarang, aku rasa diri aku sejahat-jahat manusia yang langsung tidak ambil peduli perasaan budak tu.
Bukan salah dia, dia tidak tahu.
Bukan salah dia, dia tidak ingat.
Bukan salah dia, dia tidak pandai.
Salah aku.
Kerja sebagai guru ni memang suatu pekerjaan yang mulia. Tapi, muliakah aku di mata Allah jika sikap aku begitu di dalam kelas? Muliakah aku di mata anak-anak murid aku yang inginkan ilmu yang bermanfaat dari aku?
Ya Rahman. Bantu aku Ya Allah. Permudahkanlah bagiku untuk menghilangkan perasaan amarah di dalam diri ini.
No comments:
Post a Comment