In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Tuesday, March 5

Sabah, apa khabarmu di sana?

Lekas benar masa berlalu. Aku yang dulunya belasan tahun, sedang meniti alam dewasa. Menuju alam kematian yang bila-bila masa akan tiba. Setiap detik berlalu mencoretkan pelbagai cerita suka dan duka.

Siapa sangka Sabah sekarang mengalami kes pencerobohan oleh askar-askar kesultanan Sulu? Siapa sangka Sabah yang dahulunya aman makmur jadi tempat yang sebegitu menakutkan pelancong malahan penduduk tempatan sendiri?

Aku buntu. Aku bisu. Tidak dapat berbuat apa-apa melainkan doa kepada Allah yang Maha Kuasa untuk menyelamatkan keluarga dan seluruh rakyat Sabah yang tidak berdosa. Kadang-kadang aku takut. Kadang-kadang aku risau. Aku langsung tidak kuat dan tidak berdaya. Betapa kerdilnya aku ini di mata Allah. Aku hamba yang hina yang sering menabur dosa, tidak mampu bertindak apa-apa untuk membantu golongan yang susah di sana.

Baru ku tahu betapa risaunya hamba-hamba Allah yang lain kepada saudara seIslam di Palestin. Baru ku tahu bagaimana peritnya memikirkan keadaan mereka yang entahkan selamat entahkan tidak. Baru ku tahu bagaimana rasanya tidak mendapat berita terkini apabila aku bertanyakan khabar mereka.

Tetapi aku yakin, mereka selamat. Aku yakin mereka akan mendapat rahmat. Kerana mereka mempunyai kebaikan jauh di dasar hati yang kemas disemat.

...

No comments:

Post a Comment