In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, November 10

Cerpen

Setelah dipertimbangkan, aku mungkin akan menghasilkan karya cerita pendek yang sering berlegar-legar di kepala. Wajarkah? Bisakah? 

Haha.

Tunggu dan lihat sahaja! (Tuding jari ke arah diri-sendiri.)

Saturday, November 9

Deria Rasa Hati

Alhamdulillah.
Setelah sekian lama tidak menghasilkan karya rentetan suka duka kehidupan, akhirnya hari ini jariku berkesempatan untuk menari sekali lagi di atas kaca sematpon yang cute ini.

Hari yang berlalu sepanjang beberapa bulan sebelum sehinggalah hari ini sangat bermakna bagi diriku. Lukisan kisah pahit manis tawar masam pahit masih segar di dalam hati yang sentiasa dimiliki mutlak oleh Dia yang Maha Kuasa.

Namun begitu, hati ini masih bimbang akan masa depan yang bakal berkunjung. Bimbang jika masa depan yang sudah semestinya tidak diketahui menyimpang 180° daripada apa yang aku mimpikan siang dan malam.

Kebimbangan yang ada ini sudah tentu ilham  daripada sang iblis yang inginkan aku untuk terus was-was dengan ketentuan Dia.

Fin.

Friday, May 10

Wait

What can I say about me today are:

1. Busy
2. Clumsy

These make me can't control my anger. And I'm tired. Super duper tired. 

Tuesday, April 16

Finally...

Happy day. Why?

Finally, I own a smartphone.

That's all. Thank you.

Sunday, March 17

Dari Sulu ke Sabah

Pengaruh Yahudi di dalam kehidupan seharian kita adalah sangat tinggi. Dari segi barang keperluan, cara hidup atau cara berpakaian adalah sebahagian daripada propaganda bangsa ini. Tapi bukan itu yang ingin aku bahaskan hari ini. Bukan itu yang aku ingin ketengahkan. Apa yang membimbangkan aku sekarang adalah kes pencerobohan yang berlaku di Sabah sekarang ini.

As far as I know, penceroboh-penceroboh yang menceroboh Sabah di kala ini adalah dari kalangan umat Islam. Mereka dilabel sebagai pengganas dan kejam daripada orang-orang komunis di suatu masa dahulu. Benarkah? Aku kurang pasti apa yang berlaku. 

Aku juga mendengar khabar-khabar angin yang mengatakan kes pencerobohan dari pihak Sulu ini adalah sandiwara politik semata-mata. Benar atau tidak, aku tidak tahu. Ceteknya pengetahuanku yang berbatas-batas menunjukkan betapa kerdil dan hinanya aku sebagai hamba Allah yang Maha Kuasa.

Namun begitu, apa yang dapat aku simpulkan di sini:

Penceroboh dari Sulu = Islam
Penceroboh dari Sulu = Pengganas

Jadi adakah Islam itu terrorist seperti yang telah digembar-gemburkan oleh bangsa Yahudi ke seluruh dunia? 

Jika benar ini semua sandiwara, jika benar ini semua cuma rencana politik semata-mata, maka jahillah mereka sebagai orang Islam yang menghina orang Islam itu sendiri. 

Sedih.

Saturday, March 16

Take 1, 2, 3. Action!

BABAK SATU

Hari yang memenatkan. Aduh, terlalu banyak barang yang kena dibeli. Itu takpa lah, yang buat aku kecewa abis, tiket yang TERsalah beli hari itu, tak dapat nak tukar. Gosh!

Beginilah realiti kehidupan manusia di dunia ni. Yang lemah akan terus lemah. Yang kuat akan terus mengembangkan sayap empayarnya ke mana-mana. Apalah salahnya tiket tu tukar tarikh? Pakai syarat segala. Uwargh!

Ok. Cool down.

Selesai meluah?
Sudah!

Apa pun, berbalik kepada yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. One of them is, aku kena lebih berhati-hati bila beli tiket di masa hadapan. Okay, deal! Another hikmah? Tak taulah, belum nampak lagi.

-Tamat-




BABAK DUA

Aku berdiri bersebelahan eskeletey menunggu seorang sahabat yang sibuk mencari idea untuk menyimpan barang yang baru dibelinya. Terlihat seorang hamba Allah di hadapan. I mean, TERserempak dengan beliau. Seorang pensyarah yang aku kenali selama 5 tahun lebih. Aku senyum. Siap lambai lagi. Dia serius. Terus serius dan melihat aku dengan mata yang.. Dia jalan dan terus berlalu. Ekor mataku mengiringi pemergiannya. 

Erk. What the heck eh? Aku depan dia. Aku lambai dia. Aku senyum kat dia. Oke, aku tau aku pernah selisih faham dengan dia. Tapi, takkanlah sampai macam tu sekali?

Nice.

Itu baru manusia kan. Aku risau, resah, gelisah apabila my kind (manusia) tidak memperdulikan aku apatah lagi aku tahu aku pernah buat salah dengan dia. Tapi bagaimana pula dengan Allah? Kalau Allah yang Maha Pengampun dan Pemaaf itu membiarkan aku sebegitu rupa, entah apalah jadi dengan aku sekarang ni. Hilang punca kot. Na'uzubillah min zalik. 

Allah tidak rugi apa-apa pun kalau aku tidak solat, tidak menurut perintahnya. Tapi aku yang rugi. Adeh pengajaran besaq niiih. Semoga aku dan kamu semua berada dalam naungan rahmatNya. Amin.

-Tamat-

Tuesday, March 5

Sabah, apa khabarmu di sana?

Lekas benar masa berlalu. Aku yang dulunya belasan tahun, sedang meniti alam dewasa. Menuju alam kematian yang bila-bila masa akan tiba. Setiap detik berlalu mencoretkan pelbagai cerita suka dan duka.

Siapa sangka Sabah sekarang mengalami kes pencerobohan oleh askar-askar kesultanan Sulu? Siapa sangka Sabah yang dahulunya aman makmur jadi tempat yang sebegitu menakutkan pelancong malahan penduduk tempatan sendiri?

Aku buntu. Aku bisu. Tidak dapat berbuat apa-apa melainkan doa kepada Allah yang Maha Kuasa untuk menyelamatkan keluarga dan seluruh rakyat Sabah yang tidak berdosa. Kadang-kadang aku takut. Kadang-kadang aku risau. Aku langsung tidak kuat dan tidak berdaya. Betapa kerdilnya aku ini di mata Allah. Aku hamba yang hina yang sering menabur dosa, tidak mampu bertindak apa-apa untuk membantu golongan yang susah di sana.

Baru ku tahu betapa risaunya hamba-hamba Allah yang lain kepada saudara seIslam di Palestin. Baru ku tahu bagaimana peritnya memikirkan keadaan mereka yang entahkan selamat entahkan tidak. Baru ku tahu bagaimana rasanya tidak mendapat berita terkini apabila aku bertanyakan khabar mereka.

Tetapi aku yakin, mereka selamat. Aku yakin mereka akan mendapat rahmat. Kerana mereka mempunyai kebaikan jauh di dasar hati yang kemas disemat.

...

Sunday, February 24

Cintaku terlalu indah untuk kau nodai dengan kecuranganmu.

Ew. Bait-bait indah jiwang bertagar seperti ini sering kali dilafazkan oleh orang-orang yang dilamun perasaan kecewa kerana cinta pada makhluk Allah.

Berbaloikah..? Untuk kita meratapi dan membenci diri-sendiri demi orang lain yang tidak tahu menghargai kehadiran kita?

Jika kecewa, kembali kepada Allah. Tidak perlu berkerat lengan mengukir nama. Ukir kayu lagi best, boleh jual.

Eheh.

Resah Di Hati Part 1

Menghadirkan diri di majlis keramaian merupakan suatu yang aku selalu ingin jauhi. Suka menyendiri? Tidak. Siapa yang mampu tinggal sendiri di dunia ini. Ia merupakan satu penyeksaan tahap tertinggi. Tapi aku, aku memang begini. Suka menjauh. Terlalu rendah profil (low profile) yang membuatkan aku berasa sesak, rimas dan tegang apabila berada di suatu majlis keramaian. Argh!

Arif dengan sikap inilah aku memberanikan diri untuk menghadirkan diri ke suatu majlis pertunangan kawan kepada kawan aku sebentar tadi. Muka kutebalkan. Bibir kunipiskan dengan senyuman. Oh tidaaak. Tiada di kalangan mereka yang ku kenali. Semuanya seperti alien yang tidak pernah aku lihat seumur hidupku.

Aku diam.

Buah Jiwa Diselaputi Duka

Perancangan sebegitu teliti akhirnya tidak membuahkan apa-apa pulangan atau kejayaan. Puas aku merengek, puas aku menangis, puas aku menyeksa diri-sendiri, namun, apa yang ada cuma kegagalan dan kekecewaan.

Sebaik mana pun perancangan aku lakukan, sejujur mana pun aku menjalankan kewajipan, penentuan dan keputusan akhir adalah di tanganNya. Aku tidak mampu melawan. Aku cuma mampu menasihati diri ini supaya bersyukur dan bersabar dengan kurniaan dan nikmatNya.

Segalanya pasti ada hikmah. Segalanya pasti akan terungkai.

Yang aku idamkan hanyalah impian keduniaan semata-mata. Yang keindahannya hanya sementara.