In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, February 26

Berhijab bukan kampungan?

Haimeh (ya ka)?

Haha. Orang yang tidak tahu sejarah je cakap berhijab atau memakai tudung ini adalah kampungan.

Islam kan agama baru?
Islam yang memperkenalkan dan mewajibkan wanita yang cukup umur (baligh) untuk menutup aurat. Menutup kepala dan melabuhkan tudung hingga menutup dada.
So, berhijab ni bukanlah kampungan. Bukanlah kolot. Ianya sesuatu yang baru, yang moden. Kuno dan kolot beserta jahilliah tu adalah berpakaian seksi dan tidak menutup aurat. Mencukur kening, menjarangkan gigi, memakai wangian dengan melampau-lampau dan bertabaruj dalam berpakaian.


Heh. Now, who's the one that left behind huh?

Thursday, February 23

Dulu dan Sekarang

Benci dicampak ke kawasan pedalaman.
Benci suasana yang baru.
Benci keadaan yang jauh daripada family. Dah la tak ada line telefon!
Benci semuanya berkaitan dengan tempat ini.

Tapi itu semua...,
Dulu.

Sekarang.
Udara di sini segar. Tidak seperti di kawasan bandar.
Bunyi binatang-binatang seperti burung, cangkerik dan macam-macam lagi menemani hariku.
Contact keluarga guna YM, Skype, email.

Alhamdulillah. Terima kenyataan.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
(2:216)

Sunday, February 19

Muhasabah Diri 2

1. Allah suka kepada hambanya yang bersedekah.
2. Allah sangat suka kepada hambanya yang bersedekah walaupun berada dalam kesempitan.

Huh. Kenapa aku tidak ada ciri-ciri ini (seperti di atas)? Especially yang nombor 2 tu.
Terlalu kedekutkah aku? Kedekut dengan harta yang bukan milikku.


Allahumma ajirni minannar.

Muhasabah Diri 1


Jika ALLAH SWT MEMAKBULKAN DOAMU,
maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya.

Jika ALLAH SWT MENANGGUHKAN DOAMU,
maka ALLAH menguji kesabaranmu.

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu,
maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.

Isolated

Hujan yang turun bagaikan mutiara.
Hah. Mana ada hujan. Heh.

Apa perasaan anda jika anda berada dalam situasi yang mana ada harus pergi ke suatu tempat, kemudian terpaksa menyinggahkan diri anda di suatu tempat persinggahan yang dipenuhi ramai orang yang seakan-akan mengasingkan anda?  
Frust?
Rasa tidak mahu datang lagi?
Menyesal kerana pergi ke situ?

Jawapan yang negatif. Haha.

O yeah. Bagaimana pula dari sudut positif?
Cuba menceriakan diri?
Cuba untuk mencari alternatif atau mencuba suatu method yang baru untuk membiarkan diri ini tidak lagi termasuk dalam golongan-golongan yang diisolationkan?

Heh. Ingat mudah eyh?
Susa ho.

Huwaaargh! Mak, mau balik!

Friday, February 10

Amarah dan Kecewa Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Jahat sungguh aku.
Jahat.
Jahat sekali.

Huh.

Aku seorang hamba Allah yang hina dan lemah, sudah berkali-kali membuat kesilapan yang sama.
Berulang-ulang tanpa disedari. Or maybe, I realised that.

Marah itu api.

Fuh. Betul tu. 

Tadi masa tengah mengajar seorang budak LINUS Tegar di dalam kelas, kesabaran aku yang amat tipis memuntahkan amarah yang berapi. Huh. Kenapa aku begitu? Kenapa? 

Kesian budak tu aku marah-marah dia. Oleh kerana dia tidak tahu bezakan huruf A dan juga huruf B, aku marah dia sampai sebegitu rupa. 

Damn! Dia menangis. Dah lah budak tu demam. Aku langsung tidak perasan benda tu disebabkan perasaan marah tu!

Kesian dia.

Sekarang, aku rasa diri aku sejahat-jahat manusia yang langsung tidak ambil peduli perasaan budak tu.

Bukan salah dia, dia tidak tahu.
Bukan salah dia, dia tidak ingat.
Bukan salah dia, dia tidak pandai.

Salah aku.


Kerja sebagai guru ni memang suatu pekerjaan yang mulia. Tapi, muliakah aku di mata Allah jika sikap aku begitu di dalam kelas? Muliakah aku di mata anak-anak murid aku yang inginkan ilmu yang bermanfaat dari aku?

Ya Rahman. Bantu aku Ya Allah. Permudahkanlah bagiku untuk menghilangkan perasaan amarah di dalam diri ini.


Thursday, February 9

Break First!

Em.
Walaupun agak kurang lemak manis, tapi ok juga rasanya. Lagi-lagi kalau buat dengan air suam.

Kalau kuih sepit cecah dalam ni lagi besh. Haha. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Puasa Yang Yok. Bila mak keluar pergi bandar, huhu curi-curi pergi dapur bukan untuk buka periuk. Sebab time bulan puasa periuk tu tak mungkin ada isi. So, makanan untuk hari itu cuma kuih sepit buatan nenek dicelup dengan susu.

Haha.

Bayi: Lactogen
Kanak-kanak: Dumex
Remaja: Nespray



Kini: Fernleaf

Wednesday, February 8

Kanvas Putih


Aku senyum sendiri. Rasa bahagia sekejap.

Bahagia melihat budak-budak Tahun 1 yang tengah busy memadam, menggaris, menulis di dalam buku aktiviti matematik mereka. Haha. Comel.

Kejap, kejap seorang demi seorang budak merapati aku.

'Cigu macam ni ka?'

'Cigu betul ka?'

Sweet.

First time ajar budak Tahun 1. They're really really sweet

Tugas aku mendidik mereka. Mencorakkan mereka. Semoga mereka menjadi insan yang berguna kelak. Orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Semoga ada di antara mereka yang akan menjadi seorang murabbi. Heh. Amin.

Tuesday, February 7

Asing

Life dekat sini? Suck!
Owh God! Penat sangat kelmarin. Perjalanan yang jauh kira-kira 5 jam ditemani jalan-jalan raya yang tidak berturap dan berlubang-lubang, berbukit-bukau sana sini. Fuh.

Asing.
Yup. Aku rasa asing sekali kelmarin. Sepertinya kewujudan aku tidak diperlukan dan tidak ada di situ. Huh.

Asing di kalangan manusia. Sendiri.

Tapi, aku tau Allah sentiasa bersama. Melihat pokok-pokok, alur-alur cantik yang terdapat pada bukit-bukit mengingatkan betapa kerdilnya aku ini di hadapan Allah.

Now? Kehidupan kena diteruskan.

Kejap lagi nak meeting. Zz.

Monday, February 6

Jangan Muntah



Perjalanan yang akan memenatkan.
Urgh.

Sebentar lagi aku akan menaiki hilux untuk kembali ke sekolah yang jauhnya berjuta-juta batu dari sini.

Aduh.

I can feel the aches. Head-to-toe ache tu! Wargh.
Muntah? Minta dijauhkan.

Sabar.
Sabar. Sabar.
Sabar itu SEPARUH daripada iman.

Fuh. Separuh tu. 50% daripada iman.
Hehe. Sabar.

May this journey berjalan dengan lancar. Permudahkanlah segala urusanku dan rakan-rakanku ya Rahman.
Amin.

Eevo

Eevo. Cantik kah nama tu?
Ah. Peduli hapaan. Aku yang bagi nama. Ikut tekak aku lah. Bukan begitu?
Ehem he he.

Baru memiliki Eevo hari ini. Baru sebentar tadi.

Semoga dengan kehadiranmu Eevo, aku akan lebih degil dan tidak lalai dengan hiburan-hiburan yang melampau.

Dan, of course, tidak kembali ke arah budaya hedonisme. Fuh.
Budaya dengar-dengar lagu sampai tidak ingat donia.


Eevo. I love you.

Hu ha hu ha ha ha.



Saturday, February 4

Abang Zoro, kita senasib!

Abang Zoro?
Uwek. Agak geli-gemelan di situ. Huh.

Aku senasib dengan Zoro. Urgh. Bukan Zoro yang datang pakai mask dan baju serba-serbi hitam tu. Bukan juga Zoro yang selalu cakap.. uhuk, ehem ehem..
Life no fear..
Zoro is here!

Bukan. Bukan yang itu.

Roronoa Zoro. Heh.

Yeah o'course. Zoro ni hebat. Siap fight dengan orang gunakan Santoryou Style lagi. 
Aku? Yup. Agak hebat juga. Ngee.. kembang hidung. Nampak strict, garang dalam kelas. Confident! Students semua senyap. Takut.

Tapi,
Bab arah tujuan? I mean.. Tak tahu jalan! Tidak ada navigation skills.
Sama lah macam Zoro. Selalu salah jalan. Tak ingat jalan. Jalan ikut suka hati suka kaki.
Cis.

Tapi benda ini adalah rahsia. Cuma kawan aku seorang sahaja yang tau aku macam ni. Syy.

Malu bila nak minta tolong orang hantar ke suatu tempat. Tak tahu jalan. Kalau orang tu memang tau jalan bagus la.

Aduh.
Kenapa lah aku macam ni. Ho ho.

Roronoa Zoro, we're alike bebeh!


Green hair. Green hijab. Haha, what a coincidence?

Friday, February 3

Rojak

Aeh.
Perasaan aku berbaur. Berkecamuk. Bercampur-campur.
Macam rojak daa!

Ofkoslah, aku memang sangat tidak setuju apabila dihantar ke area ulu a.k.a. pedalaman ni. Masalah air. Masalah line telefon. Masalah pengangkutan.
Secara ringkasnya, facilities amatlah tidak memuaskan!

Oh God. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Apa hikmahnya aku diletakkan di tempat yang sebegitu?

Hm.
Perkara yang tidak sepatutnya aku rungutkan. O yeah?
Walaupun sudah berkali-kali aku ingatkan diri aku, semua ini ada HIKMAHNYA! Aku pun tak tau kenapa dalam masa yang sama juga aku menyalahkan diri dan takdir aku. Buek!

Ya Allah. Engkau tuhan yang membolak-balikkan hati. Aku mohon padaMu, lapangkanlah dadaku. Biarkanlah aku menerima semua ini sebagai suatu ujian yang menandakan Engkau terlalu sayangkan aku.

Amin.