In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, January 26

Hanya jika..

Berjalan kaki di tempat yang sesak sangat menguji tahap kesopanan dan kesabaran seseorang.

Jika sopan seseorang itu, tidaklah kedengaran kata-kata kesat dan tak baik. Jika, ok? Jika..

Jika sabar memenuhi dada seseorang itu, maka tidaklah timbul pergaduhan seperti yang itu; WWE. Hanya jika..

Thursday, January 23

Senyum Kambing

Begitukah caranya untuk menunjukkan rasa tidak suka terhadap sesiapa? Apabila saling berselisih, bagaikan tiada orang di tepi. Halimunan sungguh orang di tepi itu.

Sakit hati? Ofkos lah! 
Rendah diri? Patut!!

Arghhh.. bukan mudah untuk memberi kepuasan hati kepada semua orang. Siapalah hamba Allah yang mahu buat begitu? Sungguh mementingkan keduniaan. Akukah? Haish, jangan..

Persetankan mereka itu. Yang tidak mampu mengukir senyum. Kambing pun bisa tersenyum!

Wednesday, January 15

15.01.2014

Ringkasnya hari ini, lelah. Walaupun kelas belum habis. Walaupun belum lagi tengahari. 

Demam berterusan 5 hari lepas. Satu benda pun aku tidak dapat buat. Kerjanya cuma baring saja. 

Hari ini macam ok sedikit. Harap-haraplah tidak berlanjutan lagi.